AGENDA

Tiga penuntut IPTA ditahan disyaki terlibat kes pukul rakan

20 Dis 2024, 2:30 AM
Tiga penuntut IPTA ditahan disyaki terlibat kes pukul rakan

IPOH, 20 DIS: Polis menahan tiga penuntut lelaki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Seri iskandar bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki dipercayai dipukul beramai-ramai.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata kesemua suspek berusia 18 hingga 20 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada Selasa lepas.

"Bapa mangsa membuat laporan polis mengenai anaknya yang berusia 18 tahun telah dipukul beramai-ramai oleh teman sekuliah di asrama IPTA berkenaan dalam satu kejadian pada 15 Dis.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, luka dan bengkak pada bahagian atas kening sebelah kanan, lebam di bahagian tangan dan kaki kiri, kesan merah pada bahagian perut dan tengkuk.

“Mangsa berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata berdasarkan hasil siasatan mendapati motif kejadian pukul berlaku disebabkan selisih faham dan provokasi antara mereka di dalam bilik asrama.

Beliau berkata kesemua suspek direman tiga hari bermula Rabu lepas dan telah dibebaskan dengan jaminan polis manakala kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619