BERITA UTAMA

Perkhidmatan bas pelancong dua tingkat diperluas ke Klang sempena TMS2025

20 Dis 2024, 12:00 AM
Perkhidmatan bas pelancong dua tingkat diperluas ke Klang sempena TMS2025
Perkhidmatan bas pelancong dua tingkat diperluas ke Klang sempena TMS2025

KLANG, 20 DIS: Perkhidmatan bas pelancongan dua tingkat Hop-On Hop-Off (HOHO) yang diperkenal Tourism Selangor kini diperluas di daerah Klang sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Datuk bandar Klang berkata perkhidmatan bas itu beroperasi sepenuhnya mulai penghujung Disember ini dan akan membawa pelancong ke tempat menarik bermula di Pelabuhan Klang, berhenti di Galeri Diraja, GM Klang, Pasar Jawa dan berakhir di Taman Mangrove Point.

"Kita berharap dengan adanya perkhidmatan bas ini, pelancong lebih mengetahui sejarah Klang yang merupakan antara bandar tertua di Malaysia sekali gus meningkatkan ekonomi setempat,"kata Dato’ Abd Hamid Hussain.

[caption id="attachment_678548" align="alignleft" width="500"] Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Diraja Klang Dato’ Abd Hamid Hussain (dua kiri) melakukan
Gimik Pelancaran Bas Hop On Hop Off (Bas Ho Ho) Daerah Klang di Dewan Hamzah, MBDK pada 19 Disember 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Beliau ditemui pada Majlis Pelancaran Kalendar Program Pelancongan Dan Kebudayaan MBDK 2025 Dan Bas Hop On Hop Off(Bas Ho Ho) bagi daerah Klang yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad, semalam.

Terdahulu, berucap pada majlis perasmian, beliau memaklumkan Klang menduduki tempat keempat bagi pentadbiran pihak berkuasa tempatan dengan catatan pelancong sebanyak 459,979 setakat September lalu.

Dilancarkan Jun tahun lalu, HOHO memberi pengalaman kepada pelancong menaiki bas tanpa bumbung dengan hentian di beberapa lokasi tarikan pelancongan termasuk ladang buah naga dengan replika buah naga terbesar di Malaysia setinggi bangunan tiga tingkat.

Sejak diperkenalkan di Sepang, perkhidmatan bas itu berjaya menarik kira-kira 1,500 pelancong yang mana ia melibatkan 10 destinasi menarik.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619