AGENDA

Kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik di sekolah

19 Dis 2024, 2:11 AM
Kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik di sekolah
Kanak-kanak lelaki maut terkena renjatan elektrik di sekolah

SERDANG, 19 DIS: Murid lelaki Tahun Enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya jam 6.30 petang.

"Pengadu iaitu wanita tempatan berumur 36 tahun membuat laporan polis berkaitan pihaknya menerima pesakit iaitu kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50 petang," katanya menerusi kenyataan hari ni, lapor Sinar Harian.

[caption id="attachment_619617" align="alignleft" width="541"] Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner AA Anbalagan bercakap kepada media selepas meninjau lokasi tanah runtuh di Taman Wawasan, Subang Jaya pada 19 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi serta mengeluarkan komen yang boleh mengganggu siasatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619