AGENDA

Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki hanyut di perairan Kerachut

18 Dis 2024, 1:52 PM
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki hanyut di perairan Kerachut

BALIK PULAU, 18 DIS: Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam dan mangsa dikatakan sempat menghubungi rakan mereka memaklumkan bot dinaiki mengalami kerosakan enjin.

“Rakan mangsa yang baru selesai menangkap ikan di kawasan lain datang ke lokasi itu kira-kira 8.30 malam untuk cuba membantu, namun kedua-dua nelayan berkenaan didapati telah tiada di lokasi mereka dilaporkan berada.

“Operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan sejak 12 tengah malam Selasa membabitkan Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, pasukan polis marin selain dibantu bot Persatuan Nelayan Kuala Sungai Pinang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, kedua-dua mangsa berusia 22 dan 25 tahun itu tidak berdaftar dengan persatuan nelayan kawasan dan dipercayai bergerak sendiri melakukan aktiviti berkenaan.

Sazalee berkata kehilangan kedua-dua nelayan telah dilaporkan oleh ahli keluarga seorang daripada mangsa kira-kira 6 petang semalam.

Ketika kejadian, katanya kedua-duanya dikatakan menaiki bot berwarna merah dan biru yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619