AGENDA

Kumpulan AmanahRaya agih tilam, makanan buat mangsa bah dua negeri

17 Dis 2024, 3:44 AM
Kumpulan AmanahRaya agih tilam, makanan buat mangsa bah dua negeri
Kumpulan AmanahRaya agih tilam, makanan buat mangsa bah dua negeri

SHAH ALAM, 17 DIS: Kumpulan AmanahRaya melancarkan misi bantuan pascabah ke daerah sekitar Kedah dan Kelantan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya pada 14 dan 15 Disember lalu.

Menerusi kenyataan, bantuan disalurkan meliputi tilam, bantal, selimut, pek makanan dan keperluan lain dianggarkan bernilai RM140,000 kepada hampir 1,000 mangsa di kedua-dua negeri terjejas.

Pengarah Urusan Kumpulannya Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata sumbangan itu bagi meringankan beban mangsa, selain tanda dedikasi warga kerja terhadap rakyat yang ditimpa musibah.

"Ia juga menerapkan sifat empati dan semangat kemanusiaan yang tinggi dalam kalangan pekerja.

Kumpulan AmanahRaya sentiasa peka dengan perkembangan terkini bencana banjir.

[caption id="attachment_678207" align="aligncenter" width="738"] Wakil Kumpulan AmanahRaya menyampaikan bantuan penting pascabanjir kepada penduduk di Kedah menerusi inisiatif AmanahRaya Care pada 14 dan 15 Disember 2024. Foto ihsan Kumpulan AmanahRaya[/caption]

"Justeru, inisiatif ini dilaksanakan bagi meringankan beban mereka dan sebagai persediaan untuk menghadapi gelombang kedua yang dijangka melanda negara," katanya.

Misi berkenaan disertai tiga anak syarikat Kumpulan AmanahRaya iaitu AmanahRaya Trustees Berhad, AmanahRaya Kenedix-REIT Manager Sdn Bhd dan AmanahRaya Investment Management Sdn Bhd.

Sebelum ini, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula 8 Disember, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas kali ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bencana itu turut dijangka melanda kawasan sekitar Sabah dan Sarawak dalam tempoh penghujung bulan ini hingga Mac.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619