AGENDA

Nelayan dikhuatiri lemas, jatuh ketika baiki bot

16 Dis 2024, 3:30 PM
Nelayan dikhuatiri lemas, jatuh ketika baiki bot

IPOH, 16 DIS: Seorang nelayan berusia 30 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh daripada bot sewaktu membaiki kenderaan itu di sebuah pelantar ikan di Hutan Melintang di Bagan Datuk petang tadi.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bagan Datuk dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 5.06 petang dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Bagan Datuk berhubung laporan orang hilang di pelantar ikan Hutan Melintang.

“Maklumat awal kejadian, seorang lelaki dewasa yang dikenali sebagai Ng Kawai telah terjatuh dari bot ketika cuba menyeberangi bot yang lain,” katanya.

Susulan itu APM telah menggerakkan satu pasukan anggota daripada pusat kawalan operasi daerah (PKOD) Bagan Datuk ke tempat kejadian untuk tujuan pencarian dan pemantauan.

“Pada 5.23 petang seramai tiga pegawai, empat anggota serta satu ambulans telah diatur gerak ke lokasi Kilang QL Hutan Melintang. Selain itu turut serta dalam operasi adalah 12 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lima anggota polis.

“Pos kawalan APM dibuka dan anggota telah membuat operasi mencari di tempat kejadian bagaimanapun operasi ditangguhkan dan akan bersambung esok,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619