AGENDA

JPS: 15 kampung di Tanah Merah diminta waspada berlaku banjir

16 Dis 2024, 2:31 PM
JPS: 15 kampung di Tanah Merah diminta waspada berlaku banjir

KOTA BHARU, 16 DIS: Sebanyak 15 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Kusial di Tanah Merah diminta berwaspada berlakunya banjir susulan ramalan hujan berterusan pada Rabu dan Khamis ini oleh Jabatan Meteorologi.

Jabatan Pengairan dan Saliran dalam kenyataan memaklumkan kampung terbabit ialah Kampung Padang Kijang, Kampung Bendang Nyior, Bandar Tanah Merah, Kampung Cekok Ipoh, Kampung Belimbing, Kampung Panjang dan Kampung Kerilla.

Turut dijangka terjejas Taman Kiara, Kampung Padang Kijang, Kampung Alor Pasir, Kampung Kelewek, Kampung Terasil, Kampung Kulim, Kampung Jerangau dan Kampung Chekok Ipoh.

Menurut JPS banjir kemungkinan berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan.

"Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk, terutama di kawasan yang dijangka banjir, mengambil langkah waspada dan mengikut arahan pihak berkuasa," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619