AGENDA

Polis tahan pemandu Mercedes-Benz disyaki langgar lari motosikal di SPE

16 Dis 2024, 10:03 AM
Polis tahan pemandu Mercedes-Benz disyaki langgar lari motosikal di SPE
Polis tahan pemandu Mercedes-Benz disyaki langgar lari motosikal di SPE

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Lelaki yang terselamat selepas kereta Mercedes-Benz GLE450 AMG Coupe dipandunya terbakar di Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) di sini semalam, ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden langgar lari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata permohonan reman terhadap lelaki berusia 34 tahun itu dibuat pada 10 pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.35 tengah hari itu, pemandu berkenaan dipercayai melanggar seorang lelaki yang menunggang Honda Vario 160 di KM8 SPE selepas Plaza Tol Chan Sow Lin.

[caption id="attachment_678117" align="aligncenter" width="654"] Mercedes Benz 450 terbakar di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Plaza Tol Wangsa Maju dalam kejadian 15 Disember 2024. Foto Facebook info.semasa[/caption]

Mohd Zamzuri berkata kejadian mengakibatkan penunggang motosikal itu tercampak ke atas jalan raya dan cedera parah pada bahagian kepala, muka dan perut.

"Pemandu itu tidak berhenti sebaliknya teruskan pemanduan ke arah Wangsa Maju sebelum kenderaannya terbakar di KM18.1 Lebuhraya SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju setelah mengalami kebakaran bermula dari bahagian bonet,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Video memaparkan kenderaan mewah itu musnah terbakar dalam kejadian berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju, SPE itu tular menerusi pelbagai platform media sosial sejak semalam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619