AGENDA

Menteri: Elaun peserta PLKN 3.0 kekal RM8 sehari

15 Dis 2024, 7:59 AM
Menteri: Elaun peserta PLKN 3.0 kekal RM8 sehari

KOTA TINGGI, 15 DIS: Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun tersebut.

"Setakat ini (RM8) kita kekal, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI - MINDEF di Balai Raya Kampung Baru Pasak di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.

Dalam pada itu, Mohd Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.

"PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera. Berasaskan kepada soal itu kita percaya soal itu (buli dan provokasi) akan dapat ditangani," kataya.

Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Jan tahun depan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619