AGENDA

Tiga pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik

13 Dis 2024, 10:12 AM
Tiga pekerja kontraktor maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU, 13 DIS: Tiga pekerja kontraktor maut akibat terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja pemasangan alat solar di bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau, pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mangsa dikenali sebagai Gimbal, 25, Salleh, 34, dan Wong, 54, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai kesihatan.

“Bomba menerima panggilan pukul 10.46 pagi dan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pukul 10.48 pagi. Laporan mengatakan empat pekerja melakukan kerja di lokasi berkenaan namun seorang mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Pekerja lelaki yang terselamat itu dikenali sebagai Dani berusia 20an.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan bomba bertindak mengalihkan mangsa ke tempat selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya pukul 12.03 tengah hari," katanya sambil menambah pegawai daripada Sabah Electricity Sdn Bhd dan Kementerian Kesihatan serta anggota polis turut serta dalam operasi itu.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619