ad
AGENSI

Kanak-kanak GISBH tunjuk perubahan positif, pandai solat dan mengaji

13 Dis 2024, 8:00 AM
Kanak-kanak GISBH tunjuk perubahan positif, pandai solat dan mengaji
Kanak-kanak GISBH tunjuk perubahan positif, pandai solat dan mengaji

SHAH ALAM, 13 DIS: Kanak-kanak yang diselamatkan dari premis jagaan GISB Holdings (GISBH) menunjukkan perkembangan lebih baik berbanding sebelum ini, kata Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menjelaskan pentadbiran negeri masih melaksanakan modul khas membabitkan pemulihan akidah dan sosial kepada kanak-kanak terlibat.

Menurutnya, lebih 100 kanak-kanak masih berada di rumah kebajikan berkenaan, dengan kebanyakannya mempunyai masalah pengenalan identiti dan tiada waris sah yang datang menuntut.

“Kita masih terus laksanakan modul khas. Mereka tunjuk perubahan ketara dan sudah pandai solat dan mengaji. Selama ini mereka tidak dapat pendedahan (agama) kerana diajar perkara lain,” katanya.

[caption id="attachment_677708" align="alignleft" width="441"] Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bercakap kepada media selepas melepaskan konvoi Misi Prihatin Mangsa Banjir ke Kelantan, Terengganu dan Kedah di Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam pada 13 Disember 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pelepasan konvoi kumpulan Mais ke Kelantan, Terengganu dan Kedah bagi penyerahan sumbangan di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, hari ini.

Bermula 1 Oktober, Mais melaksana proses pemulihan akidah kanak-kanak GISBH menggunakan modul khas yang dibangunkan bersama Jabatan Agama Islam Selangor dan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor.

Tindakan itu susulan penubuhan pasukan khas oleh Kerajaan Negeri merangkumi agensi agama Islam dan kebajikan masyarakat bagi membantu kanak-kanak terbabit.

Sejak Op Global fasa pertama bermula awal September lalu, sejumlah 415 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH ditahan, manakala 625 mangsa berusia dua bulan hingga 28 tahun diselamatkan polis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.