EXCO

Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri

11 Dis 2024, 11:59 AM
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri
Anugerah naikkan semangat, beri khidmat terbaik untuk rakyat, negeri

KLANG, 11 DIS: EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berazam untuk terus memberi khidmat terbaik selepas ini demi memastikan keperluan rakyat dan negeri dipenuhi.

Menerima Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor sempena Keputeraan Sultan Selangor ke-79, beliau mahu lebih fokus memandangkan pelbagai cabaran perlu ditempuh termasuk aspek perubahan iklim.

“Anugerah ini menjadi semangat baharu. Saya akan terus berkhidmat dengan lebih gigih lagi selepas ini. Selangor merupakan negeri maju dan penduduknya padat.

[caption id="attachment_677434" align="aligncenter" width="1128"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor Dato' Ir Izham Hashim sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

“Jadi perlu memberi sumbangan dan gerak kerja lebih tinggi berbanding negeri lain. Anugerah ini akan menjadi semangat baharu untuk jadikan negeri lebih baik,” katanya.

[caption id="attachment_677456" align="alignright" width="336"] EXCO Infrastruktur Dato' Ir Izham Hashim dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

Terdahulu beliau antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Duli Yang Teramat Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Sementara itu ketua pegawai eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang menerima Darjah Kebesaran Dato’ -Sultan Sharafuddin Idris Shah berhasrat memajukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_677454" align="alignleft" width="344"] Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato' Saipolyazan Mat Yusop dikurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

“Ini menaikkan lagi semangat dan saya akan pastikan MBI menyumbang lebih banyak. Semoga pengurniaan ini memberi manfaat kepada diri dan MBI.

“Apabila diberi anugerah, ia datang dengan tanggungjawab besar, jadi akan lebih berusaha untuk beri sumbangan dan bakti memanfaatkan Selangor dan rakyat,” kata Dato’ Saipolyazan Mat Yusop.

[caption id="attachment_677435" align="aligncenter" width="1048"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif MBI Dato' Saipolyazan Mat Yusop sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

[caption id="attachment_677436" align="aligncenter" width="1182"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama tetamu sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619