AGENDA

Polis kesan lelaki pandu melulu lepas ditegur hisap rokok di pam minyak

11 Dis 2024, 11:55 AM
Polis kesan lelaki pandu melulu lepas ditegur hisap rokok di pam minyak

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Polis menjalankan siasatan berhubung sebuah video tular membabitkan tindakan seorang lelaki merokok di sebuah stesen minyak dan memandu secara berbahaya di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata pihaknya mengesan video tular berkenaan pada 8 pagi tadi, yang memaparkan seorang individu menghisap rokok di kawasan stesen minyak dan kemudian melakukan provokasi dengan memandu secara membahayakan, apabila ditegur oleh seorang orang awam.

"Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

"Orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat, boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Hisyam Azih di talian 017-7378704 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya 03-79662222,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang individu sedang berjalan ke kenderaan yang diletakkan di kawasan stesen minyak tersebut sambil menghisap rokok, lalu ditegur oleh orang awam.

Berang dengan teguran itu, lelaki berkenaan bertindak melakukan provokasi dengan memandu secara membahayakan dan menghalang laluan kenderaan dipandu oleh orang awam berkenaan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619