AGENDA

Anugerah naikkan semangat Faisal Halim, Sultan pesan jangan putus asa

11 Dis 2024, 7:13 AM
Anugerah naikkan semangat Faisal Halim, Sultan pesan jangan putus asa
Anugerah naikkan semangat Faisal Halim, Sultan pesan jangan putus asa

KLANG, 11 DIS: Pemain Selangor FC Faisal Halim menyifatkan pengurniaan darjah kebesaran Ahli – Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi semangat baharu selepas berdepan insiden malang, Mei lalu.

Mengakui terkejut dengan penganugerahan itu, menurutnya, ia menjadi kekuatan untuknya terus berjuang dalam arena bola sepak, sekali gus mampu beraksi cemerlang seperti sebelum ini.

“Semasa istiadat pengurniaan tadi, Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pesan kerja keras, jangan putus asa. Tuanku bagi kata-kata semangat. Saya sudah ketinggalan dalam tujuh, lapan bulan.

“Apa yang ada ini (anugerah) sudah pasti menambah semangat dalam kerjaya. Ini bukan gelaran untuk saya banggakan tetapi semangat untuk kembali semula dengan pasukan Selangor,” katanya.

[caption id="attachment_677391" align="aligncenter" width="813"] Pemain Selangor FC Faisal ditemu bual media selepas menerima Darjah Kebesaran Ahli Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan ke-79 Sultan Selangor di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang pada 11 Disember 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SEANGOR[/caption]

Ditemui selepas istiadat di Istana Alam Shah hari ini, pemain kebangsaan itu dimaklumkan menerima anugerah itu dua bulan lalu, namun tidak sempat menghadiri sesi raptai kerana jadual padat.

Mengulas keadaan dirinya, Faisal yang mesra disapa Mickey berkata beliau semakin pulih walaupun masih ada pergerakan yang terhad kesan lecuran di bahagian badan.

“Sekarang saya hanya tunggu masa untuk bermain macam biasa. Saya kena bermain untuk tingkatkan keadaan diri. Daripada segi pergerakan tiada yang mengganggu. Semua saya boleh buat.

“Saya terima keadaan dan ini takdir saya. Saya kena kuatkan semangat untuk mencari rezeki demi anak, isteri dan keluarga saya,” katanya.

Dalam kejadian pada 5 Mei, Faisal melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619