AGENDA

Bayi enam bulan maut lemas dalam selimut di rumah pengasuh

9 Dis 2024, 1:25 PM
Bayi enam bulan maut lemas dalam selimut di rumah pengasuh

JASIN, 9 DIS: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.

Bapa mangsa Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata dia tahu mengenai kejadian menimpa anak tunggalnya Harraz Noah setelah dihubungi isteri, Ainol Izzah Raslan, 25, kira-kira 11.40 pagi.

“Pengasuh maklumkan dekat saya bibir Harraz Noah sudah biru ... pengasuh cerita sebelum kejadian, dia beri susu dekat anak dan sendawakan anak. Kemudian, dia cuba tidurkan di dalam buai, tetapi anak tidak mahu … dia (anak) nak tidur di atas tilam.

“Selepas anak tidur, pengasuh ke dapur buat kerja … ketika hendak tengok anak, dia lihat anak dah tertutup dengan selimut. Pengasuh kemudian telefon isteri yang terus pergi ke rumah pengasuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Melaka di sini malam ini.

Nazrul Nizam berkata sudah empat bulan dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh terbabit dan sepanjang tempoh itu, tiada perkara buruk berlaku terhadap anaknya.

“ ... kami tidak salahkan dia (pengasuh), sudah takdir … ia mungkin jadi asbab, kami reda, lagipun pengasuh sayang anak kami seperti anaknya sendiri, dia pun pernah keguguran. Biasa kalau datang ambil anak tiada lebam-lebam (dekat badan),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit dan kes masih dalam siasatan.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619