AGENDA

Anak ditahan bantu siasatan kematian ibunya

4 Dis 2024, 3:45 PM
Anak ditahan bantu siasatan kematian ibunya

KLUANG, 4 DIS: Lelaki berumur lingkungan 20-an ditahan polis berhubung kematian seorang wanita berusia 50-an, dipercayai ibunya, di Felda Ayer Hitam, Sri Lalang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 10.45 pagi.

"Orang awam memaklumkan terdapat seorang wanita tempatan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri. Terdapat kesan tikaman di belakang badan mangsa. Suspek dipercayai menggunakan pisau.

"Wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebaik tiba di hospital berkenaan," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pihaknya kemudian menahan seorang lelaki di lokasi kejadian pada kira-kira 11 pagi dan siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah selain ujian urin adalah negatif.

Bahrin berkata suspek akan direman esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619