AGENDA

Banjir: Kerajaan tumpu pemulihan, peruntukan ikut proses tertentu

4 Dis 2024, 4:44 AM
Banjir: Kerajaan tumpu pemulihan, peruntukan ikut proses tertentu

PUTRAJAYA, 4 DIS: Pemberian peruntukan berkaitan banjir melibatkan proses tertentu termasuk melihat dan mengenal pasti kawasan yang terjejas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

"Pertama sekali kita nak tumpukan kepada pemulihan (termasuk) kerosakan, kemudahan, bangunan yang melibatkan keperluan dan (orang) awam," katanya kepada media selepas melancarkan Balai Cerap Bandar Putrajaya (PUO), di sini hari ini.

Fadillah berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan pembangkang agar kerajaan mempertimbangkan peruntukan segera RM1 juta kepada ahli Parlimen pembangkang yang kawasannya terjejas banjir untuk membantu rakyat terlibat.

"Mana semua kawasan (banjir). Nanti kita ada proses untuk melihat (kawasan terjejas). Tunggu selesai banjir, baru diputuskan (peruntukan)," katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilaporkan berkata pihaknya telah membuat permohonan termasuk menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) berhubung perkara itu.

Sementara itu, pelancaran PUO berkenaan adalah sempena penganjuran Pameran dan Persidangan Digital Putrajaya (DiPEC2024) yang berlangsung hari ini dan esok.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619