BERITA UTAMA

Selangor bangun Taman Rakyat Madani di seluruh PBT tahun depan

4 Dis 2024, 2:45 AM
Selangor bangun Taman Rakyat Madani di seluruh PBT tahun depan
Selangor bangun Taman Rakyat Madani di seluruh PBT tahun depan

SHAH ALAM, 4 DIS: Kerajaan Selangor akan membangunkan taman awam menjadi Taman Rakyat Madani di seluruh kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) bermula tahun depan.

EXCO kerajaan tempatan berkata ia bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti wi-fi percuma, ruang senamrobik, taici, pusat kitar semula, sudut perbincangan dan tempat untuk pemuzik jalanan.

Menurut Ng Suee Lim, kos pembinaan ditanggung bersama antara negeri dan Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bagi menyokong idea Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pencarian lokasi pembangunan bermula Januari depan dengan memastikan seluruh PBT mempunyai taman rekreasi ini,” katanya ketika ditemui di Dewan Annex, baru-baru ini.

[caption id="attachment_674146" align="alignleft" width="429"] EXCO Kerajaan Tempatan Dato' Ng Suee Lim ketika sidang media Karnival Ban Canal 2024 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 20 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau menambah KDEB Waste Management (KDEBWM) akan menumpukan pengurusan sisa pepejal untuk memastikan taman awam yang bakal dibangunkan kelak sentiasa bersih dan selamat.

“Kerjasama semua pihak juga diperlukan untuk tidak melakukan vandalisme bagi memelihara kemudahan awam yang disediakan nanti,” kata Suee Lim.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM6 juta untuk membina dan menaik taraf taman awam menjadi Taman Rakyat Madani di semua PBT tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri juga akan memohon geran padanan RM6 juta dari KPKT bagi melaksanakan inisiatif tersebut.

Sebelum ini, perdana menteri memaklumkan kerajaan akan memastikan persekitaran projek perumahan rakyat lebih manusiawi, termasuk menaik taraf 48 Taman Rakyat Madani di bandar dan pekan kecil.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619