AGENDA

Polis: Penduduk terjejas banjir diminta berpindah, elak risiko

3 Dis 2024, 11:36 AM
Polis: Penduduk terjejas banjir diminta berpindah, elak risiko
Polis: Penduduk terjejas banjir diminta berpindah, elak risiko

TUMPAT, 3 DIS: Penduduk kampung yang terjejas akibat banjir diminta tidak berdegil untuk berpindah bagi mengelakkan risiko keselamatan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata penduduk tidak perlu risau meninggalkan rumah mereka kerana polis melakukan rondaan secara berkala.

“Apa yang kita lihat sekarang ini masih ramai berdegil dan enggan berpindah sehingga berlaku perkara tidak diingini termasuk kes seorang bayi berusia setahun yang lemas di rumahnya yang dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid yang berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pohon Tanjung di sini hari ini.

[caption id="attachment_676187" align="aligncenter" width="919"] Keadaan di Kampung Baru Nelayan, Tumpat pada 3 Disember 2024 selepas kawasan itu dilanda banjir. Arus deras mengakibatkan hakisan berlaku malah beberapa rumah roboh selain laluan utama runtuh. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Tengku Anis berkenan melawat menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada 63 ketua isi rumah bersama 225 mangsa banjir.

Mohd Yusoff berkata setakat ini, banjir gelombang pertama telah meragut lima nyawa.

“Apa yang membimbangkan selepas ini dilaporkan akan ada beberapa siri lagi gelombang banjir yang kita tidak dapat menjangkakan seteruk mana keadaannya nanti,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan jalan di sekitar Tumpat, beliau berkata setakat ini empat jalan yang dikenal pasti mengalami kerosakan teruk ialah Jalan Jubakar Pantai-Taman Seri Bayu; Jalan Sungai Tapang-Jalan Jubakar Pantai; Jalan Utama Kampung Tujuh; dan Jalan Kampung Baru Nelayan.

Pada 29 November lalu, jalan negeri dekat Taman Sri Bayu di sini yang menghubungkan Tumpat dengan Pengkalan Kubor terputus hubungan akibat banjir.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619