AGENDA

Dialog Shah Alam di Unisel 5 Disember, tampil bekas gabenor Bank Negara

3 Dis 2024, 8:00 AM
Dialog Shah Alam di Unisel 5 Disember, tampil bekas gabenor Bank Negara
Dialog Shah Alam di Unisel 5 Disember, tampil bekas gabenor Bank Negara

SHAH ALAM, 3 DIS: Bekas gabenor Bank Negara Malaysia bakal menyampaikan syarahan perdana dalam Dialog Shah Alam di Universiti Industri Selangor (Unisel) pada 5 Disember.

Tan Sri Muhammad Ibrahim dijadual mengupas topik bertajuk Transformasi Ekonomi Malaysia: Perspektif Terhadap Globalisasi dan Perkembangan Geopolitik dalam Perdagangan, Pekerjaan dan Pendidikan pada jam 11 pagi.

Turut tampil Setiausaha Politik Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim dan Profesor Kehormat Unisel Prof Dr Susela Devi yang menjadi ahli panel dalam forum bertajuk Memperkasa Ekonomi Rakyat: Jalan Menuju Kesejahteraan Sosial pada jam 8 pagi.

Program anjuran Selangor Research Institute (SRI) dan Institut Darul Ehsan (IDE) terbuka kepada semua khususnya pemimpin, pembuat dasar, penjawat awam dan mahasiswa.

Dialog cetusan idea Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari kali kedua diadakan selepas pertama kali diajur pada 2019 sebelum tertangguh berikutan pandemik Covid-19.

Ketika itu, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed mengupas kepentingan peranan penjawat awam dan ahli politik dalam membawa kemajuan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619