AGENSI

KDEBWM sedia 600 tong Roro, mudahkan mangsa bah urus sampah pukal

3 Dis 2024, 2:00 AM
KDEBWM sedia 600 tong Roro, mudahkan mangsa bah urus sampah pukal
KDEBWM sedia 600 tong Roro, mudahkan mangsa bah urus sampah pukal
KDEBWM sedia 600 tong Roro, mudahkan mangsa bah urus sampah pukal

SHAH ALAM, 3 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyediakan 600 tong ‘Roll On Roll Off’ (Roro) bagi mengangkut sampah pukal di kawasan yang terjejas banjir.

Pengarah urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) berkata bantuan pascabah itu memudahkan penduduk terjejas membuang perabot rosak.

[caption id="attachment_588080" align="aligncenter" width="811"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Semua aset sudah sedia digunakan. Minggu lalu beberapa kawasan di Meru banjir dan kita sudah gerakkan Roro di sana supaya penduduk boleh membuang barangan rosak.

“Dalam masa sama, aset lain seperti lori kompaktor juga dalam keadaan baik untuk pastikan urusan pembersihan berjalan lancar,” kata Dato’ Ramli Tahir ketika di hubungi.

Beliau berkata cuti semua kakitangan pembersihan juga dibekukan ketika ini memandangkan fenomenaa air pasang dijangka berlaku pada hujung minggu ini.

“Dalam masa sama kita pastikn kerja menyelenggara dan kutipan sampah di semua kawasan mengikut jadual,” katanya.

[caption id="attachment_675578" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluangkan masa melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru diiringi wakil rakyat Meru Mariam Abdul Rashid pada 29 November 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Minggu lalu, beberapa kawasan di Klang termasuk Meru dinaiki air berpunca daripada faktor hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.

Berikutan itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru penduduk di kawasan berisiko sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan berpindah berikutan air pasang besar dijangka berlaku sekali lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619