PBT

Abd Hamid angkat sumpah datuk bandar Klang, tekad pacu pembangunan

2 Dis 2024, 5:16 AM
Abd Hamid angkat sumpah datuk bandar Klang, tekad pacu pembangunan
Abd Hamid angkat sumpah datuk bandar Klang, tekad pacu pembangunan

KLANG, 2 DIS: Dato’ Abd Hamid Hussain hari ini mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Klang yang baharu di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini.

Bekas yang dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) itu dilantik menggantikan Datin Paduka Noraini Roslan, yang bersara wajib pada November lalu.

Abd Hamid, 57, turut menandatangani watikah pelantikan berkuat kuasa di hadapan Timbalannya Mohd Zary Affendi Mohd Arif dengan disaksikan ahli majlis.

[caption id="attachment_675979" align="aligncenter" width="814"] Datuk Bandar Klang Dato’ Abd Hamid Hussain menerima nota serah tugas daripada Timbalannya Mohd Zary Affendi Mohd Arif sempena upacara mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Klang di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) pada 2 Disember 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Abd Hamid pernah bertugas di MPSepang sebagai setiausaha antara 1997 hingga 2002 dan menjadi pemangku YDP Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Beliau dilantik sebagai YDP MPSepang pada 2020.

Ditemui pemberita, beliau berharap semua kakitangan dan ahli majlis dapat bekerjasama dalam memastikan pembangunan di Klang terus dipacu seiring dasar Kerajaan Negeri.

"Saya faham Klang merupakan bandar raya berusia 100 tahun dan mempunyai campuran pembangunan lama dan baharu. Sudah pasti pembangunan agak sukar di bangunan lama berbanding yang baharu.

"Demi kesejahteraan masyarakat, MBDK akan memastikan seluruh kawasan diselenggara dengan baik. Saya juga akan cuba meningkatkan infrastruktur termasuk dewan dan taman rekreasi," katanya.

Beliau turut menggesa ahli majlis mempertingkat program kemasyarakatan bersama penduduk setempat supaya dapat menjalin hubungan baik dan mengenal pasti isu di kawasan sekitar.

"Menerusi komitmen ahli majlis, kita dapat mengetahui permasalahan dihadapi penduduk setempat dan tindakan susulan dapat diambil," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619