AGENDA

Buku didik kanak-kanak jaga kebersihan antara dua naskhah diluncur MB

1 Dis 2024, 12:40 PM
Buku didik kanak-kanak jaga kebersihan antara dua naskhah diluncur MB

SHAH ALAM, 1 DIS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meluncurkan dua naskah buku terbitan agensi berkaitan negeri sempena majlis penutup Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor (SES) hari ini.

Buku berjudul Buku Selangor Dalam Lukisan terbitan Perbadanan Perpustaan Awam Selangor (PPAS) serta komik bertajuk Ramlee Superhero Selangor Bersih dihasilkan KDEB Waste Management (KDEBWM).

Sementara itu, pengarah urusan KDEBW berkata komik sulung itu merupakan inisiatif pihaknya dalam mendidik kanak-kanak dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Jelas Dato’ Ramli Tahir, sebanyak 3,000 naskah dicetak dan bakal diagihkan kepada sekolah rendah serta agensi Kerajaan Negeri dalam masa terdekat

“Komik ini berkonsep santai dan sesuai untuk kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun. Ia mendidik kanak-kanak menjaga kebersihan termasuk cara membuang sampah.

“Kita mahu mereka faham kesan daripada sikap menjaga alam sekitar. Gambar dan kandungan juga sesuai untuk mereka,” katanya memberitahu komik berkenaan dihasilkan dalam tempoh dua bulan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619