AGENDA

Dua tahun terajui kerajaan, Anwar bawa kestabilan politik, yakinkan pelabur

1 Dis 2024, 5:57 AM
Dua tahun terajui kerajaan, Anwar bawa kestabilan politik, yakinkan pelabur

SHAH ALAM, 1 DIS: Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa kestabilan politik selepas dua tahun menerajui kerajaan sekali gus meyakinkan pelabur bahawa Malaysia berada di landasan yang betul.

Meskipun ada kritikan rakan gabungan, Perdana Menteri menanganinya dengan baik selain memastikan semua pihak menghormati matlamat Kerajaan Perpaduan, kata penganalisis politik Universiti Malaya.

Dr Awang Azman Awang Pawi berkata Anwar juga meyakinkan pelabur asing bahawa negara bukan sahaja memiliki kestabilan politik tetapi daya saing seperti tenaga kerja berkemahiran dan kemudahan infrastruktur.

"Semua ini memberikan keyakinan kepada pelabur asing, sama ada dari Timur Tengah, China, Eropah, Jepun, mahupun Korea. Ini adalah pencapaian yang patut diraikan, walaupun masih banyak lagi perlu dipertingkatkan.

"Hakikatnya, apabila Perdana Menteri ke luar negara, tujuan utama adalah untuk menarik pelabur dan membawa isu-isu besar dunia, seperti isu Palestin. Usaha ini mendapat pengiktirafan luar negara. Oleh itu, pihak dalam negara juga perlu memberikan penilaian yang adil terhadap pencapaian beliau," katanya.

Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia Dr Mazlan Ali pula menyifatkan Anwar mempunyai keberanian dan visi luar biasa untuk membawa negara ke tahap lebih baik.

"Dalam tempoh dua tahun menerajui Kerajaan Perpaduan, Anwar bukan sahaja memulihkan ekonomi dan kestabilan politik tetapi membawa suara negara ke pentas dunia," katanya.

Anwar genap dua tahun menerajui pentadbiran kerajaan pada 24 November lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619