AGENDA

ATM atur gerak 5,600 pegawai, anggota bantu mangsa banjir

1 Dis 2024, 3:25 AM
ATM atur gerak 5,600 pegawai, anggota bantu mangsa banjir
ATM atur gerak 5,600 pegawai, anggota bantu mangsa banjir
ATM atur gerak 5,600 pegawai, anggota bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR, 1 DIS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menambah keperluan aset dan anggota bagi membantu mangsa dalam menghadapi situasi banjir yang semakin buruk setakat dilaporkan hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata setakat ini, seramai 5,600 anggota dan pegawai diatur gerak bagi melaksanakan operasi membantu mangsa banjir dan ditempatkan ke kawasan yang dijangkakan berlaku banjir.

“Arahan untuk melaksanakan operasi membantu mangsa banjir ini dikeluarkan pada September lepas, jadi mereka semua telah bersedia dari segi kekuatan anggota dan aset, serta ditempatkan ke kawasan yang kita jangkakan akan berlaku banjir.

“Dalam keadaan sekarang ini mereka telah pun digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan banjir. Sekiranya ada keperluan untuk penambahan anggota ataupun aset, perkara ini akan dibuat oleh pegawai pemerintah di lapangan bagi menilai keperluan untuk menambah anggota dan aset,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program larian dan riadah Navy Run 24 yang berlangsung di Dataran DBKL bersempena program KL Car Free Morning (KLCFM) di sini, hari ini.

Majlis turut dihadiri Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain dan Ketua Staf Markas ATM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad.

Program Navy Run 24 kali ini merupakan edisi kedua selepas penganjuran sulung tahun lepas dengan penyertaan lebih 6,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat

[caption id="attachment_675825" align="aligncenter" width="701"] Pegawai Memerintah Batalion ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) Kem Sri Pantai, Leftenan Kolonel Mohd Ashafiq Abd Aziz bersama anggotanya membantu mangsa banjir menerusi Ops Murni di Kampung Tengkawang, Kuala Berang pada 27 November 2024. Foto Facebook BERNAM.[/caption]

Mohammad berkata pihaknya juga akan membantu menyediakan keperluan aset bagi mengambil calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pedalaman ke pusat peperiksaan, sekiranya kawasan mereka masih terjejas banjir semasa hari pertama peperiksaan itu esok.

“Kita akan membantu sama ada dari segi kenderaan untuk membawa calon SPM dan sebagainya. Apa sahaja keperluan akan dibuat oleh ketua di negeri masing-masing untuk mengagihkan tugasan kepada agensi-agensi berkenaan dan sekiranya perkara tersebut di diperlukan daripada ATM, kita bersedia membantu,” katanya.

Sementara itu, mengulas tentang Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas, Kedah yang turut dilanda banjir, Mohammad berkata aktiviti latihan melibatkan pelatih akan dihentikan sementara sekiranya kawasan tersebut terjejas.

“Sekiranya terjejas, memang kita tidak boleh buat apa-apa, kita tunggu keadaan reda dan teruskan kembali selepas itu,” katanya.

Keadaan banjir di sembilan negeri di Semenanjung dilaporkan semakin buruk selepas jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 152,377 orang pagi ini, berbanding 146,611 malam tadi.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_675824" align="aligncenter" width="701"] Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melakukan operasi memindahkan mangsa banjir Zainab Mat Dhari, 76, yang terlantar sakit di Kampung Kuala Nal ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan pada 28 November 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619