AGENDA

KPKM aktifkan bilik gerakan bencana, bantu golongan terjejas banjir

29 Nov 2024, 3:30 PM
KPKM aktifkan bilik gerakan bencana, bantu golongan terjejas banjir

PUTRAJAYA, 29 NOV: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana KPKM dan menggerakkan operasi di semua peringkat bagi membantu golongan petani, peladang, penternak dan nelayan yang terjejas akibat banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan Bilik Gerakan Bencana KPKM di peringkat daerah dan negeri sedang memantau keadaan cuaca, membuat hebahan awal kepada golongan sasar dan melaksanakan pelan mitigasi bagi mengurangkan kerugian kepada sektor agromakanan negara ketika bencana berlaku.

"Pengaktifkan Bilik Gerakan Bencana adalah selaras dengan ramalan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) dari 5 November 2024 hingga Mac 2025 dengan menjangkakan hujan lebat di beberapa negeri berpotensi berlaku banjir," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, KPKM sentiasa dalam keadaan siap siaga dan bersedia menggerakkan aset bagi membantu usaha menyelamat mangsa banjir sekiranya perlu dan mendapat kebenaran daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Pada 26 November lalu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) mengedarkan 60,000 Kit Bantuan Makanan bagi persediaan MTL melalui Nadma.

KPKM turut menyediakan bantuan pascabencana kepada warga yang terkesan melalui Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) dan Tabung Bencana Pertanian (TBP) dalam usaha membantu petani, penternak dan nelayan yang terkesan bencana dan memerlukan bantuan segera.

Sementara itu, laporan awal kejadian bencana bagi sektor tanaman semasa secara kumulatif dari 27 hingga 28 November membabitkan 174 petani dengan anggaran keluasan 295 hektar kawasan pertanian dan anggaran nilai kerosakan RM837,535.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Bilik Gerakan Bencana KPKM di talian 03-88701663/1664/1491 atau e-mel bilikgerakan@kpkm.gov.my.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619