AGENDA

Bah: ADN Meru edar makanan, nasihat penduduk terjejas pindah ke PPS

29 Nov 2024, 3:35 AM
Bah: ADN Meru edar makanan, nasihat penduduk terjejas pindah ke PPS
Bah: ADN Meru edar makanan, nasihat penduduk terjejas pindah ke PPS
Bah: ADN Meru edar makanan, nasihat penduduk terjejas pindah ke PPS

SHAH ALAM, 29 NOV: Ahli Dewan Negeri Meru menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa terjejas banjir di beberapa perumahan hari ini.

Mariam Abdul Rashid berkata beliau turut menasihatkan penduduk yang terjejas bah untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Saya salurkan makanan kepada mereka sambil menasihatkan agar mereka berpindah ke PPS kerana bimbang sekiranya banjir semakin teruk selain boleh berlaku kejadian litar pintas.

“Saya harap mereka segera berpindah kerana kita telah menyediakan PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai, Meru,” katanya ketika dihubungi.

[caption id="attachment_675447" align="aligncenter" width="812"] Ahli Dewan Negeri Meru Mariam Abd Rashid mengedar makanan kepada mangsa terjejas bah di Taman Seri Puteri, Meru, Klang pada 29 November 2024. Foto Pejabat ADN Meru[/caption]

Pagi tadi, Mariam turun ke PPS SK Sungai Binjai bagi menyantuni 138 mangsa. Keperluan mereka termasuk makanan, minuman dikendali oleh Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK).

“Saya berharap penduduk bersabar dan buat masa ini duduk dulu di PPS sehingga banjir benar-benar reda. Saya juga telah hubungi pihak Jabatan Pengairan dan Saliran meminta mereka mengepam air keluar,” katanya.

Menurut Pusat Operasi Smart Selangor dua PPS dibuka bagi menempatkan 159 mangsa daripada 39 keluarga susulan kediaman mereka dilanda banjir hari ini.

Seramai 21 mangsa ditempatkan di PPS Balai MPKK Bukit Kapar, manakala PPS SK Sungai Binjai, Meru menempatkan 138 mangsa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619