AGENDA

Lima sekeluarga tempuh detik cemas MPV dihanyut arus deras di Bukit Rokan

29 Nov 2024, 2:46 AM
Lima sekeluarga tempuh detik cemas MPV dihanyut arus deras di Bukit Rokan

SEREMBAN, 29 NOV: Lima sekeluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihanyutkan arus deras di Jalan Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh Norfaizal Ahmad berkata kesemua mereka yang berumur empat hingga 40-an itu yang dalam perjalanan dari Jelai ke Bukit Rokan diselamatkan selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 12 tengah malam.

“Orang awam yang melalui kawasan tersebut nampak si ayah menolak kereta dan cuba membantu tetapi gagal kerana air terlalu deras dan dalam. Kita selamatkan empat ahli keluarga termasuk tiga anak pasangan berkenaan di atas kereta itu kira-kira pukul 3 pagi.

“Si ayah sudah hanyut ke tengah ketika itu dan pasukan berjaya menyelamatkan mangsa hampir dua jam kemudian. Kesemua mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran bagi rawatan lanjut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata dalam operasi berkenaan, pihaknya turut berdepan dengan cabaran berikutan air terlalu deras dan dalam serta terpaksa berpatah balik menggunakan laluan yang lebih selamat bagi mencari kenderaan yang dihanyutkan arus itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619