AGENDA

PM tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir

28 Nov 2024, 10:15 AM
PM tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir

KUALA TERENGGANU, 28 NOV: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangguhkan program beliau di Tasik Kenyir, Terengganu, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini, untuk memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat yang berdepan bencana banjir.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen setelah beliau selesai menghadiri sesi soal jawab hari ini.

"Mengambil kira situasi banjir terkini yang kian meruncing di Terengganu, saya memutuskan untuk menangguhkan dahulu rencana itu.

"Saat ini, kepedulian terhadap kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana ini menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Anwar turut mendoakan agar mangsa banjir di semua negeri yang terlibat terus tabah dalam mendepani musibah itu.

Setakat 4 petang tadi, seramai 14,111 mangsa daripada 4,113 keluarga direkodkan di Terengganu melibatkan tujuh daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang dan Kuala Nerus.

Selain Terengganu, banjir juga melanda Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619