AGENDA

Guru sekolah di PJ dicekup selepas edar ganja RM6,300

28 Nov 2024, 1:06 AM
Guru sekolah di PJ dicekup selepas edar ganja RM6,300

KUALA LUMPUR, 28 NOV: Seorang guru lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis ganja di sekitar Damansara Damai, Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek yang berusia 40 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 6.45 petang kelmarin.

Beliau berkata hasil pemeriksaan menjumpai dadah disyaki ganja yang dianggarkan seberat 0.21 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM6,300.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis ganja. Suspek merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Petaling Jaya dan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah membenarkan tahanan reman ke atas suspek mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bermula hari ini hingga 1 Dis,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Shahrulnizam turut menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah agar menyalurkannya ke mana-mana balai berdekatan atau terus menghubungi talian hotline bilik gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2267.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619