AGENDA

Galakan hasil EV, pulih akidah GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

27 Nov 2024, 12:42 AM
Galakan hasil EV, pulih akidah GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, Khoo Poay Tiong (HARAPAN-Kota Melaka) bertanyakan menteri pelaburan, perdagangan dan industri berhubung perkara itu dalam sesi soal jawab lisan sebaik sidang Dewan Rakyat bermula 10 pagi.

Turut menarik perhatian, soalan Azli Yusof (HARAPAN-Shah Alam) kepada Perdana Menteri berhubung usaha memulihkan akidah pemimpin dan pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang terpesong daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Azli juga ingin tahu mengenai tindakan diambil kerajaan untuk membela kebajikan keluarga dan memastikan kelangsungan pendidikan anak-anak yang ditinggalkan GISBH berikutan operasi Op Global.

Pada sesi sama, Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) bertanyakan Perdana Menteri berhubung usaha dan inisiatif bagi mengatasi masalah jenayah penipuan dalam talian yang telah menyebabkan kerugian lebih RM2.6 bilion dalam tempoh kurang tiga tahun selain tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Selain itu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) bertanya kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sama ada kementerian itu mempunyai rancangan untuk menaikkan siling bagi pendapatan isi rumah pemohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Usai sesi itu, persidangan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh kementerian terlibat.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619