EXCO

EXCO: 242 tukun tiruan, unjam hibrid dilabuhkan di perairan Selangor

26 Nov 2024, 7:39 AM
EXCO: 242 tukun tiruan, unjam hibrid dilabuhkan di perairan Selangor
EXCO: 242 tukun tiruan, unjam hibrid dilabuhkan di perairan Selangor

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak 242 unit tukun tiruan dan unjam hibrid dilabuhkan di perairan Selangor sejak 2006 hingga tahun lalu, kata EXCO pertanian.

Ir Izham Hashim berkata jumlah itu meliputi 234 unit tukun tiruan yang dilabuhkan di perairan empat daerah Selangor dan lapan unit tukun hibrid di Sabak Bernam.

“Tukun tiruan berkenaan dilabuhkan di perairan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

"Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Selangor menjalankan inisiatif tukun tiruan yang merupakan struktur binaan manusia diletakkan di dasar laut bertujuan untuk menambah kepadatan sumber marin.

[caption id="attachment_673919" align="aligncenter" width="1029"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kawasan tukun tiruan menjadi kawasan perlindungan dan pembiakan pelbagai spesies ikan. Tukun ini bukan kecil, hampir sebesar sebuah rumah dan berharga RM10,000,” katanya di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sungai Panjang Mohd Razali Saari mengenai projek pembangunan tukun tiruan dan unjam hibrid dilaksana di Selangor.

Mengulas mengenai pengurangan pengeluaran benih kerang di negeri ini katanya berlaku kecurian benih kerang oleh individu tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyeludupan terutama ke Thailand.

“Selain itu, lokasi pengurangan benih kerang di perairan cetek dan berlumpur menyukarkan aktiviti penguatkuasaan dan tangkapan dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619