AGENDA

Senoi Praaq kawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok mulai 1 Disember

25 Nov 2024, 1:23 PM
Senoi Praaq kawal sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok mulai 1 Disember

KOTA BHARU, 25 NOV: Pasukan Senoi Praaq akan dikerah untuk membantu pengoperasian Pasukan Gerakan Am (PGA) sedia ada bagi menjaga sempadan Malaysia-Thailand, Sungai Golok bermula 1 Disember ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata lebih 90 anggota pasukan berkenaan adalah daripada PGA Senoi Praaq di Bidor dan Pengkalan Hulu, Perak, yang akan ditempatkan di sepanjang pos sempadan itu.

Beliau berkata keputusan untuk menugaskan keanggotaan pasukan itu di sempadan negara juga telah dipersetujui Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

"Seperti sedia maklum, kita tahu pasukan Senoi Praaq yang diterajui masyarakat Orang Asli ini memang tegas dan mereka sangat mematuhi arahan ketua.

"Insya-Allah, isu ketirisan dan salah guna kuasa di sempadan negara akan dapat dikawal termasuklah di sempadan sebelah utara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619