EXCO

EXCO: Pesawah disaran daftar skim takaful padi, lindung bencana, perosak

25 Nov 2024, 1:00 PM
EXCO: Pesawah disaran daftar skim takaful padi, lindung bencana, perosak
EXCO: Pesawah disaran daftar skim takaful padi, lindung bencana, perosak

SHAH ALAM, 25 NOV: Kerajaan Negeri menyarankan pesawah di Selangor mendaftar Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank.

EXCO pertanian Ir Izham Hashim berkata skim itu bertujuan melindungi pesawah sekiranya tanaman padi mereka ditimpa bencana atau serangan makhluk perosak.

"STTP menawarkan perlindungan takaful sehingga RM3,000 akibat bencana alam seperti banjir, sehingga RM1,500 diserang makhluk perosak dan penyakit tanaman.

"Agrobank dalam proses hebahan maklumat kepada pesawah dan agensi berkaitan manakala Pertubuhan Peladang Kawasan juga sedang mengumpul data pendaftaran pesawah. Setakat ini hanya 330 daripada lebih 9,000 pesawah di Selangor berdaftar," katanya.

[caption id="attachment_651437" align="aligncenter" width="1191"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 9 Julai 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau menjawab pertanyaan wakil rakyat Sallehen Mukhyi berhubung fenomena cuaca dan ban pecah serta kesan atas pesawah padi dalam Sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank melancarkan Skim Perlindungan Takaful Agromakanan: Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) pertama di Malaysia yang akan dimanfaatkan pesawah seluruh negara.

Diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024, skim patuh syariah itu merupakan sebahagian daripada Belanjawan 2024, dengan dana permulaan RM50 juta bagi memberi perlindungan kepada pesawah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Takaful Tanaman Padi, layari www.agrobank.com.my atau berkunjung ke cawangan Agrobank berdekatan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619