AGENDA

PM: Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif, dasar kepada rakyat

25 Nov 2024, 7:39 AM
PM: Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif, dasar kepada rakyat
PM: Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif, dasar kepada rakyat
PM: Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif, dasar kepada rakyat
PM: Kerajaan terus bekerja, rangka lebih banyak inisiatif, dasar kepada rakyat

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Kerajaan MADANI melaksanakan pelbagai anjakan dan reformasi untuk membela kebajikan rakyat serta melonjak negara ke tahap tertinggi sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Susulan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak kepada rakyat.

“Alhamdulillah, semalam genap dua tahun Kerajaan MADANI mentadbir negara.

“Namun, perjalanan kita masih jauh untuk benar-benar merealisasikan visi MADANI. Justeru, kerajaan ini akan terus bekerja dan merangka lebih banyak inisiatif dan dasar yang memihak rakyat terbanyak, insya-Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Anwar turut memuat naik infografik beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan MADANI dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara.

Antara inisiatif tersebut ialah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang memanfaatkan sembilan juta penerima B40, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8.4 juta penerima untuk membeli keperluan asas di 600 kedai runcit dan pasar raya serta Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) kepada 4,615 peserta golongan B40, miskin dan miskin tegar sehingga berjaya menambah pendapatan mereka.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619