ADN

Dewan Negeri Selangor terima maklum balas siasatan kes Faisal Halim

25 Nov 2024, 2:40 AM
Dewan Negeri Selangor terima maklum balas siasatan kes Faisal Halim

SHAH ALAM, 25 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) sudah menerima maklum balas daripada polis berhubung kejadian simbahan asid yang menimpa pemain Selangor FC Faisal Halim.

Timbalan Speaker Mohd Kamri Kamaruddin berkata makluman daripada Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu kes berkenaan diambil alih pasukan khas unit siasatan jenayah terkelas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Pihak polis mengambil serius terhadap penyiasatan kes ini. Pasukan berkenaan mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya pada sidang DNS hari ini.

Minggu lalu, EXCO Pembangunan Sukan Najwan Halimi berkata polis masih belum memberi maklum balas terhadap insiden malang itu meski Speaker Lau Weng San sudah menghantar surat kepada pasukan berkenaan.

Pada Julai, DNS meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet sukan itu selepas dipersetujui wakil rakyat kerajaan dan pembangkang selain ia dibahaskan lima orang Ahli Dewan Negeri.

Dalam kejadian 5 Mei lepas, Faisal dikenali sebagai ‘Mickey’ melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Selangor.

Akibat kejadian itu, pemain sayap berkenaan mengalami lecur tahap empat namun kini semakin pulih malah sudah turun beraksi membantu Red Giant dalam beberapa perlawanan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619