AGENDA

Pang Ron-Su Yin naib juara Masters China 2024

24 Nov 2024, 9:30 AM
Pang Ron-Su Yin naib juara Masters China 2024

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin memberikan laluan sukar buat wakil tuan rumah yang juga pilihan utama kejohanan sebelum akur bergelar naib juara Masters China 2024 hari ini.

Pasangan negara yang digandingkan tahun lepas itu memberikan saingan sengit kepada Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping hingga perlawanan dibawa ke set penentuan sebelum akur 23-21, 23-25, 16-21 dalam pertarungan selama 93 minit di Gimnasium Shenzhen.

Pang Ron menerusi rakaman audio dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata turun sebagai bukan pilihan memberi kelebihan tanpa tekanan tinggi, membolehkan mereka memberikan tumpuan kepada pelan permainan yang telah disusun bersama barisan kejurulatihan.

“Sudah tentu kami kecewa tapi kami sudah lakukan yang terbaik hari ini. Kami tiada tekanan, kami bertarung sedaya upaya kami.

“Kami ada corak permainan tapi dalam waktu genting, mereka lebih berpengalaman. Corak permainan mereka cepat berubah. Tapi tetap gembira sebab kami boleh bermula dengan lebih yakin untuk tahun depan,” katanya.

Muncul naib juara Masters China yang juga kejohanan bertaraf Super 750, ialah pencapaian terbaik Pang Ron-Su Yin yang pernah menjuarai Cabaran Antarabangsa Malaysia 2023.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619