AGENDA

Individu termasuk pelajar guna laluan haram Sungai Golok ditahan mulai Disember

24 Nov 2024, 6:12 AM
Individu termasuk pelajar guna laluan haram Sungai Golok ditahan mulai Disember

PASIR MAS, 24 NOV: Mulai 1 Dis ini sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram Sungai Golok-Rantau Panjang untuk melintasi sempadan negara akan ditahan, kata Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Hamzah Ishak.

Beliau berkata di Kelantan, rakyat Malaysia hanya dibenarkan melalui tiga pintu sempadan negara yang diwartakan sahaja untuk melintasi sempadan Malaysia-Thailand, dan sesiapa sahaja yang menggunakan laluan haram untuk kenegara jiran akan ditahan, termasuk pelajar yang bersekolah di Rantau Panjang.

"Undang-undang itu mesti terus dilaksanakan pada 1 Dis, semua isu sempadan telah kita bincangkan termasuklah isu pelajar (pelajar sekolah guna pangkalan haram dari Sungai Golok bersekolah di Rantau Panjang) di bawah KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) juga dibincangkan.

"KPM telah ada strategi dan sebagainya, Insya-Allah kita kena laksanakannya demi kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKN selama tiga jam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini, hari ini.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619