AGENDA

Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS

24 Nov 2024, 1:00 AM
Kawasan sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air - JPS

KOTA BHARU, 24 NOV: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir di Kelantan dengan kawasan rendah di sekitar Sungai Golok di Rantau Panjang dijangka dinaiki air.

Menurut kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS susulan amaran hujan berterusan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia serta status aras air sungai diramalkan menaik dan akan melebihi aras bahaya, diramalkan banjir akan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.

Antara lokasi yang terlibat ialah kawasan-kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer (km) di sekitar Sungai Golok di Rantau panjang iaitu Kampung Kubang Rambutan, Kampung Tok Deh, Kampung Tersang, Kampung Baroh Pial, Kampung Kubang Pak Hitam, Kampung Siput, Kampung Kedai Lama, Kampung Lubok Gong, Kampung Kok Pauh dan Kampung Tok Rusa.

Lokasi lain termasuk Kampung Banggol Sepuleh, Kampung Kalor, Kampung Lanchang, Kampung Gual Nibung, Kampung Banggul, Kampung Padang Licin, Kampung Serongga, Kampung Tok Derpah dan Kampung Gual Periok.

Menurut kenyataan itu, banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa dijangkakan bergantung kepada keadaan hujan yang signifikan di kawasan berkenaan.

Amaran itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutama di kawasan dijangka banjir lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang http://publicinfobanjir.water.gov.my dan Facebook @PublicinfoBanjir bagi mendapatkan maklumat lanjut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619