AGENDA

12 pendatang asing ditahan ketika menyusup masuk di sempadan

22 Nov 2024, 10:20 AM
12 pendatang asing ditahan ketika menyusup masuk di sempadan

ALOR SETAR, 22 NOV: Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan 12 pendatang tanpa izin warga Myanmar yang cuba menyusup masuk ke negara ini di sempadan negara dekat Kubang Pasu semalam.

Menurut kenyataan 2 Divisyen hari ini, pasukan yang melaksanakan rondaan mengesan pergerakan dua individu dipercayai tonto membawa pendatang asing itu memasuki kawasan sempadan Malaysia pada 4.45 pagi.

“Ketika diserbu, pasukan beroperasi menahan 11 pendatang asing manakala dua tonto dan seorang lagi pendatang asing melarikan diri. Bagaimanapun, pendatang asing yang melarikan diri itu ditahan semula pada 9.40 pagi hari sama," menurut kenyataan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan terdiri warga Myanmar berumur antara 15 hingga 45 tahun dan dipercayai melintas sempadan Malaysia–Thailand pada jam 1 pagi.

Turut dirampas wang tunai berjumlah RM270, mata wang Myanmar 727,500 kyat (RM1,758), mata wang Thailand 2,820 baht (RM363), 13 unit telefon bimbit dan dua motosikal jenis Honda RSX 150 dan Honda Wave 110.

“Anggaran nilai barang rampasan keseluruhan RM17,431. Kesemua yang ditahan diserahkan ke Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619