AGENDA

EXCO: Kes simbah asid Faisal Halim, tiada maklumat terkini diterima

22 Nov 2024, 3:38 AM
EXCO: Kes simbah asid Faisal Halim, tiada maklumat terkini diterima
EXCO: Kes simbah asid Faisal Halim, tiada maklumat terkini diterima

SHAH ALAM, 22 NOV: Pihak polis masih belum memberi maklum balas terhadap insiden simbahan asid yang berlaku kepada pemain bola sepak Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim pada Mei lalu.

EXCO Pembangunan Sukan Najwan Halimi berkata sehingga kini status berhubung siasatan kes tidak diketahui meski Speaker Negeri Selangor Lau Weng San sudah menghantar surat kepada pasukan keselamatan berkenaan.

“Sehingga hari ini kita masih belum ketahui status kes Faisal. Kali terakhir kita dimaklumkan (bahawa) tuan Speaker tulis surat kepada polis memaklumkan usul dipersetujui Dewan Negeri Selangor (DNS) lepas.

“Kita minta siasatan menyeluruh dan dedahkan siasatan kes kepada khalayak tetapi kita tak terima maklum balas,” katanya pada sidang DNS menjawab soalan tambahan wakil rakyat Sungai Ramal Shafie Ngah berhubung status siasatan terhadap pemain kebangsaan itu.

Pada Julai, DNS meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan terhadap atlet sukan itu selepas dipersetujui wakil rakyat kerajaan dan pembangkang selain ia dibahaskan lima orang Ahli Dewan Negeri.

Dalam kejadian 5 Mei lepas, Faisal Halim lebih dikenali sebagai ‘Mickey’ melecur tahap empat di beberapa bahagian badan selepas diserang dengan asid oleh individu tidak dikenali di Kota Damansara, Selangor.

Akibat kejadian itu, pemain sayap berkenaan mengalami lecur tahap empat namun kini semakin pulih malah sudah turun beraksi membantu Red Giant dalam beberapa perlawanan.

Pada 3 Julai, Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon mengesahkan pemain kebangsaan itu semakin pulih dan dijangka mula melakukan latihan larian minggu depan.

[caption id="attachment_674344" align="alignnone" width="679"] Pemain sayap sensasi Selangor FC Faisal Halim membuat penampilan ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2 (ACL2) 2024/25 di di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 3 Oktober 2024. Foto Facebook Selangor FC[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619