AGENDA

Tiga pengawal keselamatan ditahan bantu kes larikan RM200,000

21 Nov 2024, 3:38 PM
Tiga pengawal keselamatan ditahan bantu kes larikan RM200,000

ALOR SETAR, 21 NOV: Tiga pengawal keselamatan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah melibatkan wang tunai RM200,000 milik sebuah syarikat keselamatan di Mergong kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata suspek berusia 28 hingga 38 tahun itu ditahan di Balai Polis Alor Setar sekitar 12 tengah hari selepas diambil keterangan kononnya van syarikat yang dinaiki mereka disamun dan wang tunai RM200,000 telah dilarikan di sekitar Mergong.

“Helah tak menjadi apabila polis akhirnya berjaya menghidu dakwaan disamun itu rekaan semata-mata dan banyak mencurigakan. Kita tahan mereka dan berjaya mendapatkan semula wang tunai RM200,000 berkenaan.

“Duit ini berjaya diperoleh semula di beberapa lokasi yang disembunyikan di sekitar Alor Setar susulan itu pihak pengurus syarikat turut membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga pekerja berkenaaan untuk siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kesemua suspek direman tiga hari bermula semalam.

Syed Basri berkata hasil semakan rekod lampau mendapati kesemua suspek tiada rekod jenayah bagaimanapun dua daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Polis turut merampas sebuah motosikal serta telefon bimbit milik suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619