AGENDA

EXCO: 254,606 Rumah Selangorku diluluskan, bantu rakyat miliki kediaman sendiri

21 Nov 2024, 12:01 PM
EXCO: 254,606 Rumah Selangorku diluluskan, bantu rakyat miliki kediaman sendiri
EXCO: 254,606 Rumah Selangorku diluluskan, bantu rakyat miliki kediaman sendiri

SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak 254,606 unit Rumah Selangorku diluluskan pembinaan sejak sedekad lalu menerusi 448 projek bagi membantu rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Dari jumlah berkenaan, 41,196 unit melibatkan 128 projek sudah diserahkan kunci kepada pemilik, 63 projek membabitkan 26,667 unit dalam proses pembinaan manakala 186,743 unit menerusi 257 projek dalam fasa perancangan, kata EXCO perumahan.

“Semua unit termasuk kategori Rumah Idaman dan Rumah Harapan mendapat permintaan tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa dasar diperkenalkan Kerajaan Negeri menepati serta diterima baik oleh semua pihak,” kata Datuk Borhan Aman Shah ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

[caption id="attachment_673932" align="aligncenter" width="856"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada Oktober turut bersetuju mengecualikan 100 peratus bayaran caj pemajuan sebagai galakan kepada pemaju menyediakan lebih banyak rumah mampu milik.

“Pengecualian ini dijadikan insentif kekal dan tidak bertempoh. Ini dapat mengurangkan lagi kos pembinaan rumah mampu milik,” katanya.

Beliau turut memaklumkan hanya satu projek negeri yang bermasalah iaitu Rumah SelangorKu Sentoria di Morib melibatkan 778 unit kediaman.

Pada Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pentadbirannya menyasarkan pembinaan lebih 200,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2028 bagi membantu ramai rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619