AGENDA

Papan iklan LED DBKL papar status semasa cuaca, amaran banjir

21 Nov 2024, 5:23 AM
Papan iklan LED DBKL papar status semasa cuaca, amaran banjir

KUALA LUMPUR, 21 NOV: Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata langkah proaktif amaran awal itu bagi memastikan rakyat khususnya penduduk Kuala Lumpur dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.

“Untuk usaha ini kita mendapat kerjasama daripada MetMalaysia (Jabatan Metrologi Malaysia) dan juga JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). Langkah ini kita akan dimulakan dengan papan iklan LED di Menara DBKL terlebih dahulu,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) yang bertanyakan tentang langkah DBKL untuk mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur serta senarai projek pembangunan yang telah diluluskan DBKL di kawasan persekitaran kolam takungan banjir sejak 2014.

Dr Zaliha berkata DBKL turut menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Insiden Awam Kuala Lumpur bersama beberapa agensi lain sebagai langkah bantuan segera dalam tempoh kurang 30 minit daripada waktu terima amaran awal banjir jalan atau banjir kilat di Kuala Lumpur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619