BERITA UTAMA

Datuk Bandar: Enam gelanggang pickleball bakal diwujud di Petaling Jaya

21 Nov 2024, 12:30 AM
Datuk Bandar: Enam gelanggang pickleball bakal diwujud di Petaling Jaya

PETALING JAYA, 21 NOV: Sebanyak enam gelanggang sukan pickleball bakal diwujudkan di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya, mulai Januari depan.

Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata usaha itu bagi menyahut seruan Kerajaan Negeri yang mahu pihak berkuasa tempatan memperbanyak gelanggang tersebut.

"Untuk makluman memang ada vendor mohon dengan kita untuk menaik taraf gelanggang futsal kepada gelanggang pickleball. Insya-Allah, proses ubah suai akan dilaksana dalam masa terdekat.

"Gelanggang ini berkonsep dalaman dan luaran dan ia akan menjadi gelanggang pickleball pertama di Petaling Jaya," katanya selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Premis Makanan dan Tandas Bersih sempena Hari Tandas Sedunia di Ibu Pejabat MBPJ di sini semalam.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyeru PBT menyedia gelanggang pickleball di taman awam dengan menaik taraf gelanggang badminton sedia ada.

Sebelum ini, Amirudin dilapor berkata acara sukan dan rekreasi dijadikan teras inisiatif dalam kalendar Tahun Melawat Selangor 2025 bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.

Menurutnya, sukan pelancongan merupakan tarikan utama di Selangor, antaranya seperti larian, basikal dan yang terbaharu sukan pickleball.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619