PBT

90 premis makanan, 29 tandas awam di MBPJ terima pengiktirafan terbersih

20 Nov 2024, 7:39 AM
90 premis makanan, 29 tandas awam di MBPJ terima pengiktirafan terbersih
90 premis makanan, 29 tandas awam di MBPJ terima pengiktirafan terbersih
90 premis makanan, 29 tandas awam di MBPJ terima pengiktirafan terbersih

PETALING JAYA, 20 NOV: Sebanyak 90 premis makanan dan 29 tandas awam menerima pengiktirafan terbersih daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Datuk bandarnya berkata semua premis berkenaan mempunyai tahap kebersihan yang tinggi dengan markah penilaian melebihi 86 peratus bagi premis makanan dan tandas awam (91 peratus).

[caption id="attachment_674098" align="aligncenter" width="757"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bercakap kepada media pada Majlis Anugerah Permis Makanan Bersih dan Tandas Awam Bersih 2024 di Dewan Banquet MBPJ pada 20 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"Pengiktirafan ini bagi menghargai pengusaha premis makanan dan tandas awam atas inisiatif menjaga kebersihan berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Kriteria pemilihan merangkumi beberapa aspek seperti kebersihan, kawalan mutu makanan, pematuhan syarat permit, persekitaran dan mesra pelanggan," kata Mohamad Zahri Samingon.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Premis Makanan dan Tandas Bersih sempena Hari Tandas Sedunia di Ibu Pejabat MBPJ di sini hari ini.

[caption id="attachment_674096" align="aligncenter" width="735"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon (tengah) bergambar bersama penerima anugerah tandas bersih kategori Sekolah Menengah pada Majlis Anugerah Permis Makanan Bersih dan Tandas Awam Bersih 2024 di Dewan Banquet MBPJ pada 20 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mohamad Zahri berkata selain pegawai MBPJ, penilaian turut dibuat oleh wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Shah Alam.

"Melalui program ini diharap dapat mengurangkan risiko kejadian kes keracunan makanan dan penyakit bawaan makanan mahupun minuman sekali gus menjamin persekitaran bersih dan selesa kepada pengguna.

"Semoga ia turut menjadi contoh kepada pengusaha lain dan dapat menyumbang kepada peningkatan premis makanan dan tandas awam bersih di kawasan pentadbiran Petaling Jaya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619