AGENDA

Individu keluar masuk Malaysia-Thailand guna laluan haram akan ditangkap

20 Nov 2024, 4:45 AM
Individu keluar masuk Malaysia-Thailand guna laluan haram akan ditangkap
Individu keluar masuk Malaysia-Thailand guna laluan haram akan ditangkap

PASIR MAS, 20 NOV: Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan Malaysia-Thailand khususnya Sungai Golok, bagi memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak merentasi sungai itu menggunakan laluan tidak diwartakan.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata papan tanda mengandungi larangan berkaitan keluar masuk sempadan Malaysia-Thailand melalui pintu tidak diwartakan menjadi kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63 itu, turut dipasang di Kampung Jitong, Pasir Mas dan Kuala Tanjong, Tumpat.

Mengikut seksyen berkenaan, mana-mana individu boleh ditangkap dan didenda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kita tidak mahu orang awam sewenang-wenangnya menyeberangi Sungai Golok menggunakan pangkalan haram kerana hal ini memberi peluang kepada penjenayah rentas sempadan bebas keluar masuk melakukan jenayah,” katanya kepada ketika dihubungi hari ini.

[caption id="attachment_674045" align="aligncenter" width="967"] Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) memasang papan tanda amaran di beberapa pangkalan haram bersempadan Malaysia-Thailand pada 20 November 2024. Foto Facebook BERNAMA[/caption]

Beliau sehubungan itu meminta mereka yang mahu ke Pekan Golok supaya menggunakan laluan sah di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Sementara itu, tinjauan di pekan Rantau Panjang mendapati beberapa anggota PGA memasang papan tanda amaran di tebing Sungai Golok, iaitu di Pangkalan MCA dan Syed Agil.

Isnin lalu Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat dilaporkan berkata polis akan menahan rakyat Malaysia yang menggunakan laluan pangkalan haram untuk menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand khususnya di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember ini.

Beliau berkata pihaknya akan mula menggunakan Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 untuk menahan rakyat Malaysia yang pergi ke Thailand menggunakan jalan tidak diwartakan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619