AGENDA

Ringgit dibuka tinggi banding dolar AS dalam sentimen berhati-hati

20 Nov 2024, 2:43 AM
Ringgit dibuka tinggi banding dolar AS dalam sentimen berhati-hati

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa, kata seorang penganalisis.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4675/4755 berbanding dolar US daripada 4.4705/4750 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran masih berhati-hati mengenai Donald Trump yang dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) untuk penggal kedua, situasi geopolitik semasa dan kesan terhadap prospek ekonomi untuk 2025 dan pelbagai perkara lain.

"Sentimen pasaran nampaknya fokus kepada perkembangan geopolitik terutamanya konflik antara Ukraine dan Rusia, mengakibatkan hasil Perbendaharaan AS jatuh kepada 4.33 peratus, malam tadi sebelum meningkat semula kepada 4.40 peratus.

“Indeks Dolar AS (DXY) turut meningkat kepada paras tertinggi, 106.81 mata sebelum turun kepada 106.21 mata,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau berkata dagangan USD/MYR akan terus kekal dalam mod berhati-hati walaupun dari sudut analisis teknikal, ringgit berada dalam kedudukan terlebih jual, menjadikannya menarik kerana Rizab Persekutuan AS dijangka akan menurunkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound Britain kepada daripada 5.6449/6506 ketika ditutup pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.7387/7472 daripada 4.7150/7198 semalam, bagaimanapun melonjak berbanding yen Jepun kepada 2.8871/8926 daripada 2.9078/9109 sebelumnya.

Unit tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 7.59/7.61 daripada 7.60/7.61 pada penutupan Selasa dan menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 281.9/282.5 daripada 282.1/282.5 semalam manakala ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3412/3477 daripada 3.3345/3381 semalam dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9388/9728 daripada 12.9201/9384 sebelum itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619