AGENDA

Sukatan pelajaran, kad pengenalan generasi baharu tumpuan Dewan Rakyat

20 Nov 2024, 12:30 AM
Sukatan pelajaran, kad pengenalan generasi baharu tumpuan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Isu sukatan pelajaran dan status terkini berkaitan kad pengenalan generasi baharu antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen Malaysia, Aminolhuda Hassan (HARAPAN-Sri Gading) akan bertanyakan kepada Menteri Pendidikan mengenai sukatan pelajaran baharu yang akan diguna pakai menjelang 2027 serta rancangan kementerian untuk meningkatkan tahap pencapaian pelajar dari sudut literasi dan numerasi.

Manndzri Nasib (BN-Tenggara) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung status terkini berkaitan dengan kad pengenalan generasi baharu yang bakal diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan kad pengenalan diri sedia ada dengan tujuan mengatasi isu pemalsuan kad identiti kewarganegaraan.

Pada sesi sama, Chiew Choon Man (HARAPAN-Miri) akan mengemukakan pertanyaan kepada Menteri Kewangan sama ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dapat memperkasakan program i-Lindung melalui subsidi dan rundingan bersama syarikat insurans agar perlindungan perubatan dapat ditawarkan hingga umur 99 tahun pada kadar yang berpatutan.

Usai sesi soal jawab lisan itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sesi perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa oleh menteri daripada setiap kementerian terlibat.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung 35 hari bermula 14 Okt hingga 12 Dis ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619