EXCO

Lebih 130,000 unit kediaman bertingkat dikenal pasti belum dapat hak milik strata

19 Nov 2024, 7:28 AM
Lebih 130,000 unit kediaman bertingkat dikenal pasti belum dapat hak milik strata
Lebih 130,000 unit kediaman bertingkat dikenal pasti belum dapat hak milik strata

SHAH ALAM, 19 NOV: Jawatankuasa khas perumahan mengenal pasti 138,817 unit kediaman bertingkat di seluruh Selangor masih belum mendapat hak milik strata.

EXCO Perumahan berkata jawatankuasa berkenaan juga sedang mengenal pasti projek yang berpotensi untuk diselesaikan selain menyediakan inventori bangunan tanpa hak milik strata.

[caption id="attachment_673932" align="aligncenter" width="752"] EXCO Perumahan dan Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah menjawab soalan ketika sesi Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kedua yang Ke-15 di di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 19 November 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Inventori ini bertujuan mengenal pasti bangunan yang tidak mempunyai hak milik strata atas sebab dokumen utama tidak lengkap selain kekangan kos tambahan.

"Setakat Oktober lalu, jawatankuasa khas ini telah menyelesaikan penyediaan inventori dan kenal pasti projek belum memiliki hak milik strata," kata Datuk Borhan Aman Shah menjawab pertanyaan wakil rakyat Kampung Tunku Lim Yi Wei berhubung kes yang sedang diteliti jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, dalam sidang Dewan Negeri Selangor, Borhan menjelaskan antara isu membabitkan hak milik strata termasuklah dokumen pembangunan tidak lengkap seperti kebenaran merancang, pelan bangunan dan lesen pemajuan serta perjanjian jual beli.

Mac lalu, Kerajaan Negeri menubuhkan jawatankuasa khas inisiatif pengeluaran hak milik strata bagi perumahan dan hartanah yang berperanan merancang strategi bagi membantu pemilik perumahan atau hartanah yang belum memiliki hak milik strata.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619